Sunday, July 26, 2009

Durian

Jumaat petang kami kerumah Na dbesut.Seronok sekali melihat longgokan durian dan rambutan khas untuk kami.Tiba-tiba terfikit apa nak buat dgn durian yang banyak ni...akhirnya.kami buat kenduri pulut durian. Kami dapat menjamu 50 orang tetamu .Hari ini saya cuti,nak tahu kenapa?....masih lagi dgn durian.....pagi2 lagi saya kacau lempuk,menjadi jugak..selebihnya saya buat sambal dan tempoyak...aiman dah sakit kepala tak tahan dengan bau durian.Lisya pula tak makan durian. Abizar pula hantu durian...makan habis-habisan.Saya dan suami hanya menjilat jari,disebabkan penyakit kami yang hanya dihadkan boleh makan durian,tak lebih dari 2 ulas sahaja.Terima kasih yang tidak terhingga utk Na dan Pin ,semoga dimurahkan rezeki hanya Allah yang dapat membalasnya.

Monday, July 20, 2009

SIBUKKAH SAYA?

Perasaan geram dgn keputusan pentadbiran sekolah terbawa-bawa kerumah.Tentulah suami menjadi sasaran....selamba sahaja jawapannya, 'nanti saya jumpa XX, biar dia tahu siapa ZZ ' sedikitpun tidak menyejukkan hati saya....lantas seperti biasa keluar juga perkataan yang tak sepatutnya.sekadar melepaskan perasaan geraaam.Biar pun dia orang atasan,jarang memikirkan kebajikan orang bawahannya...biasalah segalanya perlu dpatuhi,tanpa rundingan terlebih dahulu.Sebenarnya masih ada orang yang suka mengarahkan org lain tanpa mengira kemampuan seseorang. Kita yang terasa bebannya......Lantas saya memberikan pandangan ..dan sudah tentu ditolaknya mentah-mentah.Pendek saja jawapan saya 'Letih fizikal dan letih minda'Siapa?....guru dan murid..begitulah tensiannya saya dgn jadual yang diatur sepanjang bulan puasa,sebelum UPSR bermula,w/p cuti sek ,keputusan telah dbuat,kelas berjalan seperti biasa ,tak kira hari jumaat /sabtu......Jadi sebelum UPSR 8,9,10,sept,letihnya saya....jadi IWA itulah saya TERPAKSA BERHIBENASI SEKETIKA. rindu tetap bersarang dhati...