Monday, December 20, 2010

Anai-anai

Anai-anai yang bersarang di dapurku......apa yang boleh aku buat,hanya lah bersihkan saja apa yag patut.Dah 3 hari aku mengemas dapur ,masih tak siap lagi.hu..hu..hu.... boringnya. Sapa nak tolong ni....ajak Lisya ajelah. Sabar Hajah, ni lah masanya nak kemas dapur bagi bersih sikit, tak lah macam kapal pecah kan. Mudah-mudahan anai2 tu kesian tengok aku yang kepenatan. Jangan datang lagi anai2 ..... pergi dari rumah ku ..bumi tuhan masih luas, kenapa dapurku yang jadi pilihan?....mungkin ku biarkan dapurku yang tidak berkemas sekian lama...padan muka.lain kali jangan biarkan rumah bersepah.rajin2lah mengemas atau sesekali hapuskira apa yang patut..ini tidak main sumbat aje barangan kedalam kabinet.....azam tahun baru -rumah sentiasa kemas dan bersih...bebas dari anai-anai...Sekian.

Sunday, December 12, 2010

Terima Kasih semua

Syukur kepada Allah saya dan suami telah selamat pulang dari mengerjakan haji. SEGALANYA TELAH DITENTUKAN ALLAH YANG MAHA KUASA.SEMUANYA DIPERMUDAHKAN. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah sama2 mengiringi pemergian dan kepulangan kami. Inya Allah ada kesempatan saya akan coretkan sedikit pengalaman kami semasa di tanah suci .