Tuesday, April 21, 2009

Janji diri....

Petang begini,saya sendirian drumah.Terfikir juga apakah saya mampu menjadikan hari esok lebih baik daripada hari ini.Cuba menjadi seorang yang sabar,bersyukur dengan apa yang ada, sesekali menjadi pendengar yang baik,berprasangka baik terhadap semua orang,jauh sekali untuk mudah melenting. Amalan yang rasanya amat sedikit berbanding dgn dosa-dosa lalu yang sentiasa menghantui diri,tentunya tuturkata dan perbuatan yang adakalanya menguris hati orang lain. Allah yang maha mengetahui .........semoga ada kesempatan untuk memperbaiki diri.



Saban tahun, tugasan sebagai seorang guru terasa berat,apalagi terpaksa mengajar dikelas UPSR.Segalanya terpikul di bahu guru. Menghadapi kerenah murid dgn berbagai ragam....adakalanya menguji kesabaran diri.Tindakan menghalau keluar seorang murid dari kelas pagi kelmarin............... amat terkesan dihati. Apakah tindakan begitu wajar?....

Atau hanya untuk melepaskan rasa geram, bila diberi tugasan lain yang adakalanya menjadikan diri tertekan....Akhirnya saya yang menangis sendirian.



Pagi tadi, dgn senyuman saya menghampiri anak itu......merenung matanya yang mengharapkan keampunan daripada gurunya.Tiada dendam dhati,hanya mengharapkan anak ini akan menjadi murid yang baik,menghormati guru seadanya.



Dalam diam,saya berjanji pada diri untuk menjadi seoarang guru yang baik......ibu yang penyayang .......isteri yang sentiasa diberkati Allah....mampukah saya......

Tuesday, April 7, 2009

Hujan.....Abe dan Jaa

Sejak beberapa hari yg lalu,hujan turun begitu lebat. tak kira pagi atau ptg.Biasanya tidak begitu. Abe berbasikal ke kem Desa Mahmud 25 km jauhnya dari rumah.(Perkhemahan ko sekolahnya).W/pun tahun ini adalah thn penentu baginya,Abe tetap selamba,xtvt luarnya menjadi-jadi,minggu lepas bermain bola baling di sis ,katanya nak penuhkan markah ko.

Hari khamis baru balik.3 hari d sana harap Abe pulang dgn azam baru,tumpukan sepenuh perhatian utk SPM nya.Mamanya yang kecut perut! ...............

Hujan renyai2 .........masih ku ingat tanggal 19 Mach yg lalu,gemilangnya aku dan suami bila mendapat tahu Jaa dpt masuk ke SMS Labok,Macang. apalagi bermacam tawaran istimewa kami ajukan, ......asalkan sanggup ke asrama yg ditawarkan.Jaa hanya mengeluh ...50/50,hanya senyum tawar yg menandakan keberatan utk meninggalkan rumah.Apa lagi keputusan segera perlu d buat,hanya beberapa patah perkataan " Jaa d rumah bukannya lama,hanya tinggal setahun lebih lagi". Kami terdiam ,air mata hampir menitis,pun begitu kami akur ,cuma berharap d mana pun anak belajar dgn doa dan harapan yg menggunung kejayaan akan mengiringi mereka.

Wednesday, April 1, 2009

ellysha

Akhirnya lahirlah Iris , setelah sekian lama terasa untuk berblogging sekadar mengisi masa terluang ,berkongsi rasa bersama "anak beranak" tercinta.Semoga hubungan kita yang adakalanya hanyut dengan arus kehidupan..........kembali ceria spt bunga-bunga kecil yang melengkapi sebuah taman di rumah baru adik yang tabah ....Ze.
Tu, baru mukadiqmah....... 'Skima Ma menulis" komen Abe ." Lisya nak laktop"(Jge kejut, laptop tu sebenanya etak sala make dgn nasi kerabu).
Menjelang h/l ke 46 ,2 hari lagi terlintas d'kepala nak beli kek utk diri sendiri, meraikannya bersama family, tapi Lisya merenget lagi, "nak g pantai". .....Isnin kami kepantai Irama. ptainya cantik boleh mandi spt dulu-dulu.Selasa kami kepantai Sri Tujuh,sayangnya sudah tercemar w/p ada kolam tempat k2 mandi. Jumaat ni mungkin nak g semula ke pantai Irama,memenuhi cita rasa anak kecil kami yg ada kalanya mengalahkan anak teruna kami yg dua ore tu.........bukannya lama sekadar menghabiskan masa petang yg hanya terisi dimasa terluang kami sejak akhir-akhir ini saja......