Tuesday, April 21, 2009

Janji diri....

Petang begini,saya sendirian drumah.Terfikir juga apakah saya mampu menjadikan hari esok lebih baik daripada hari ini.Cuba menjadi seorang yang sabar,bersyukur dengan apa yang ada, sesekali menjadi pendengar yang baik,berprasangka baik terhadap semua orang,jauh sekali untuk mudah melenting. Amalan yang rasanya amat sedikit berbanding dgn dosa-dosa lalu yang sentiasa menghantui diri,tentunya tuturkata dan perbuatan yang adakalanya menguris hati orang lain. Allah yang maha mengetahui .........semoga ada kesempatan untuk memperbaiki diri.



Saban tahun, tugasan sebagai seorang guru terasa berat,apalagi terpaksa mengajar dikelas UPSR.Segalanya terpikul di bahu guru. Menghadapi kerenah murid dgn berbagai ragam....adakalanya menguji kesabaran diri.Tindakan menghalau keluar seorang murid dari kelas pagi kelmarin............... amat terkesan dihati. Apakah tindakan begitu wajar?....

Atau hanya untuk melepaskan rasa geram, bila diberi tugasan lain yang adakalanya menjadikan diri tertekan....Akhirnya saya yang menangis sendirian.



Pagi tadi, dgn senyuman saya menghampiri anak itu......merenung matanya yang mengharapkan keampunan daripada gurunya.Tiada dendam dhati,hanya mengharapkan anak ini akan menjadi murid yang baik,menghormati guru seadanya.



Dalam diam,saya berjanji pada diri untuk menjadi seoarang guru yang baik......ibu yang penyayang .......isteri yang sentiasa diberkati Allah....mampukah saya......

12 comments:

  1. insyaAllah mampu...berbekalkan azam, ilmu, komitmen dan istiqomah yang berteraskan keimanan padaNya. Denda pada pelajar tu ambo rasa okay jer jika berpadanan dengan kesilapan yang dilakukan. Dalam Islam, yang tak boleh ialah pukul di muka, kan? Rotan pun boleh tapi ada adab-adabnya (tak leh hayun tinggi) dan untuk tujuan khusus supaya anak tunaikan solat (7 tahun ke atas). Mama Ellysha sebagai guru berpengalaman tentu sangat mahir dengan psikologi pendidikan dan peri pentingnya membentuk disiplin dalam diri kanak-kanak. Boleh lah nanti Mama Ellysha kongsi dalam blog bagi kami ibubapa muda yang tiada pengalamaman.

    ReplyDelete
  2. Best baca citer cikgu2 ni..ida pulak berdepan dgn karenah anak2. Bila malam, anak2 tidur, mulala rasa menyesal sbb asyik marah2 ajer.

    ReplyDelete
  3. Selamat ber blog. Wah tak sangka almost satu family di alam siber..

    ReplyDelete
  4. Rasa mcm hidup semula je..mcm ada sinar2 di celahan jari jemari..

    ReplyDelete
  5. betul...mcm ada sinar di hujung terowong. Tambahan pula dengan kembalinya YM dari hibernasi:)

    sebelum ni tak perasan observation YM...yup kalo kira adik-beradik kira almost full house...8 out of 9. not bad, not bad at all for generasi chiquetta & 8-is-enuf !!!

    IWA pula sudah lebih sebulan tidak hantar posting...sudah ketandusan idea ker?

    ReplyDelete
  6. Yalah, rasa dekat dihati dpt crita sikit2 dari semua kita.Kalau yg baik tu kita jadikan tauladan,apa-apa pun salam sayang untuk semua.Saya ni lambat sikit,byk kerja dan tak sempat nak nulis selalu.bye,bye.

    ReplyDelete
  7. Wah..adik pun nampak sinar2 tu..spt yg Ky nampak..
    Ada ke takde idea tu tak pasti dik..tp rasanya Ky pun spara hibernasi juga..sehaluan ni..
    Yg best tu kakak2 kita ada strong back up..Bi ada Abe..Nun ada Han..tuke ripe rupanya..pttlah payah nak masuk blog/komen..tuke tapeh jugak kot..

    ReplyDelete
  8. cik bi pun dah ada blog ek...bagus2....lama tak masuk.....dah makin ramai rupanya...

    ReplyDelete
  9. Tu la Abi asyik dok menyepi..sapa tak tau kaba berita..

    ReplyDelete
  10. Selamat hari ibu Mama Elisya..mesti Elisya sayang sgt kat mama dia..

    ReplyDelete