Thursday, May 5, 2011

oh anak ku!!!

May 2, Icha mula ke tadika.Hari pertama ,hari ke2 ,ke3,dan hari ke4,......Kebetulan hari ini ada meeting di sek. tentulah aku balik lambat, jam 3 ptg baru tiba di rumah.
Jam 12 Jaa dah ambil icha,terkejut dgn mata yang bengkak,....tanpa beg sek...balik rumah icha terus tidur. Tidak ku sangka pada usia 5 tahun icha masih lagi tak boleh menyesuaikan diri....geram juga dgn perangai nya yang tidak mahu berubah, masih lagi tak suka kesekolah.Bayangkan dgn berbagai alasan ,icha buat hal lagi...tak akan ke sek lagi sebab katanya .
1. tak sedap hati 2. kosong hati
3. budak laki2 jeling2
4. dapur kotor
5. cik gu nak buang otak budak tak pandai
6. icha lambat ,budak lain awal
7. semua budak tengok icha
8. takut cik gu curi duit icha

Dan hari ini icha tension???, demam...pening...muntah...
Rupa2nya bila tiba di sekolah jam 7.30 icha terus nangis....beg tinggal dlm kereta...dan hanya berdiri ditepi pintu hinggalah Jaa dtg jam 12 tgh..tanpa makan...oh anakku!!!

Thursday, March 17, 2011

Masa Yang Berlalu...

Walaupun dah hampir seminggu cuti sek, saya masih lagi terkial2 mencari masa terluang..lemah nya diri ini ....ada saja kerja rumah yang tak beres.....ya begitulah kehidupan.Bukan untuk mangejar dunia yang sudah tentu byk yg melalaikan, menjalani rutin harian yg kdg2 terbabas dgn sikap suka menangguhkan kerja.
Hari esok muncul lagi .Maha Suci Allah mudah2an hari esok adalah lebih baik dari hari ini.Sekian.

Monday, December 20, 2010

Anai-anai

Anai-anai yang bersarang di dapurku......apa yang boleh aku buat,hanya lah bersihkan saja apa yag patut.Dah 3 hari aku mengemas dapur ,masih tak siap lagi.hu..hu..hu.... boringnya. Sapa nak tolong ni....ajak Lisya ajelah. Sabar Hajah, ni lah masanya nak kemas dapur bagi bersih sikit, tak lah macam kapal pecah kan. Mudah-mudahan anai2 tu kesian tengok aku yang kepenatan. Jangan datang lagi anai2 ..... pergi dari rumah ku ..bumi tuhan masih luas, kenapa dapurku yang jadi pilihan?....mungkin ku biarkan dapurku yang tidak berkemas sekian lama...padan muka.lain kali jangan biarkan rumah bersepah.rajin2lah mengemas atau sesekali hapuskira apa yang patut..ini tidak main sumbat aje barangan kedalam kabinet.....azam tahun baru -rumah sentiasa kemas dan bersih...bebas dari anai-anai...Sekian.

Sunday, December 12, 2010

Terima Kasih semua

Syukur kepada Allah saya dan suami telah selamat pulang dari mengerjakan haji. SEGALANYA TELAH DITENTUKAN ALLAH YANG MAHA KUASA.SEMUANYA DIPERMUDAHKAN. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah sama2 mengiringi pemergian dan kepulangan kami. Inya Allah ada kesempatan saya akan coretkan sedikit pengalaman kami semasa di tanah suci .

Wednesday, December 30, 2009

JOM Masak

Cepatnya masa berlalu.Cuti sekolah dah sampai kehujungnya.Selamat tahun baru utk semua.
oklah jom kita masak2 sikit .resepi ni boleh dubah suai ikut s elera .

makaroni bakar
bahan2nya
1- 3 cawan makaroni
2-1/2 kg daging
3-3 biji tomato-dptg dadu
4- 3 biji lada merah-dhiris
5-1 cawan bawang goreng
6-14 biji telur
7-1 sudu lada sulah
8-1 cwn air rebusan daging
9-1/2 cwn tomato sos
10- daun sup +daun bwg dhiris
garam,gula,kulit kayu manis, buah pelaga,.butter
cara2
Makaroni drebus dan ditoskan. Rebus daging +kayu manis+b.pelaga+sdk gula+garam .ambil 1
cwn air r ebusan dgg.. daging dsiat kecil. campurkan semua bhn. butter diptg dadu taburkan dulu dlm loyang.masukan semua bhn tadi, ratakan sedikit. akhirnya masukan telur.tabur lagi sedikit butter diatasnya.bakarlah selama 40 minit 180 C. Dmakan dgn colek kerepok.

Sunday, July 26, 2009

Durian

Jumaat petang kami kerumah Na dbesut.Seronok sekali melihat longgokan durian dan rambutan khas untuk kami.Tiba-tiba terfikit apa nak buat dgn durian yang banyak ni...akhirnya.kami buat kenduri pulut durian. Kami dapat menjamu 50 orang tetamu .Hari ini saya cuti,nak tahu kenapa?....masih lagi dgn durian.....pagi2 lagi saya kacau lempuk,menjadi jugak..selebihnya saya buat sambal dan tempoyak...aiman dah sakit kepala tak tahan dengan bau durian.Lisya pula tak makan durian. Abizar pula hantu durian...makan habis-habisan.Saya dan suami hanya menjilat jari,disebabkan penyakit kami yang hanya dihadkan boleh makan durian,tak lebih dari 2 ulas sahaja.Terima kasih yang tidak terhingga utk Na dan Pin ,semoga dimurahkan rezeki hanya Allah yang dapat membalasnya.

Monday, July 20, 2009

SIBUKKAH SAYA?

Perasaan geram dgn keputusan pentadbiran sekolah terbawa-bawa kerumah.Tentulah suami menjadi sasaran....selamba sahaja jawapannya, 'nanti saya jumpa XX, biar dia tahu siapa ZZ ' sedikitpun tidak menyejukkan hati saya....lantas seperti biasa keluar juga perkataan yang tak sepatutnya.sekadar melepaskan perasaan geraaam.Biar pun dia orang atasan,jarang memikirkan kebajikan orang bawahannya...biasalah segalanya perlu dpatuhi,tanpa rundingan terlebih dahulu.Sebenarnya masih ada orang yang suka mengarahkan org lain tanpa mengira kemampuan seseorang. Kita yang terasa bebannya......Lantas saya memberikan pandangan ..dan sudah tentu ditolaknya mentah-mentah.Pendek saja jawapan saya 'Letih fizikal dan letih minda'Siapa?....guru dan murid..begitulah tensiannya saya dgn jadual yang diatur sepanjang bulan puasa,sebelum UPSR bermula,w/p cuti sek ,keputusan telah dbuat,kelas berjalan seperti biasa ,tak kira hari jumaat /sabtu......Jadi sebelum UPSR 8,9,10,sept,letihnya saya....jadi IWA itulah saya TERPAKSA BERHIBENASI SEKETIKA. rindu tetap bersarang dhati...