Thursday, May 5, 2011

oh anak ku!!!

May 2, Icha mula ke tadika.Hari pertama ,hari ke2 ,ke3,dan hari ke4,......Kebetulan hari ini ada meeting di sek. tentulah aku balik lambat, jam 3 ptg baru tiba di rumah.
Jam 12 Jaa dah ambil icha,terkejut dgn mata yang bengkak,....tanpa beg sek...balik rumah icha terus tidur. Tidak ku sangka pada usia 5 tahun icha masih lagi tak boleh menyesuaikan diri....geram juga dgn perangai nya yang tidak mahu berubah, masih lagi tak suka kesekolah.Bayangkan dgn berbagai alasan ,icha buat hal lagi...tak akan ke sek lagi sebab katanya .
1. tak sedap hati 2. kosong hati
3. budak laki2 jeling2
4. dapur kotor
5. cik gu nak buang otak budak tak pandai
6. icha lambat ,budak lain awal
7. semua budak tengok icha
8. takut cik gu curi duit icha

Dan hari ini icha tension???, demam...pening...muntah...
Rupa2nya bila tiba di sekolah jam 7.30 icha terus nangis....beg tinggal dlm kereta...dan hanya berdiri ditepi pintu hinggalah Jaa dtg jam 12 tgh..tanpa makan...oh anakku!!!

No comments:

Post a Comment